There was an error in this gadget

Thursday, August 29

terbaca dan berfikir

hari ni aku nk share artikel..seabgai pesanan utk diri aku dan untuk sesape je la...tergerak hati nk baca..ada salah sorg kawan FB yg post..then bila aku baca..aku rasa..bnd ni patut aku share dan save sebagai peringatan klau aku lupa..maklumlah..aku ni lalai orgnya..so sesiapa free..jemputla membaca..moga2 mendapat hidayah dan petunjuk untuk jadik yg lebih baik..insyaAllah...

Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Khadijah RA. 


Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. kata Syeikh Tariq Jamil rah tidak kurang dari 200 tampal.

Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.

Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.

Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah.


Senyuman isteri dikala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan Allah dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak Allah.

Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembiralah jika suami balik lambat masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.

Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.

Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu nak. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu nak sehingga mengabaikan agama.

Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.

Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.
Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw.


Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang dibelakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.

Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.

Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira supaya suami boleh beri tumpuan speenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu insyaAllah.

Artikal ditulis oleh - EBIT LEW
Di copy oleh  - AKU

Monday, August 19

TTC - bulan ketiga

dah bulan ketiga dah.....so citer untuk bulan ketiga ni..masih sama..masih berdua..blum berdua setengah..hahaha..ok..untuk kali ni period delay dekat sebulan..dan alhamdulillah dapatla aku puasa penuh tahun ni..hehehe...maybe sbb aku masa bulan puasa kurang minum air masak..minum air manis2 je...tu yg period aku terganggu balik...then bila raya makan macam2 plak...bila abis beraya duk umah je..aku pun start minum air masak semula...dan period la aku keesokan harinya...mmg berkesan petua bg period aku ni...hahahaha..so untuk bulan ketiga ni..aku nk try ambik supplemen semula..untuk btulkan period iaitu EPO...tp blum beli lagi..maybe aku akan try EPO dan asid folik sekali lagi...InsyaAllah..

k la..ni entry pendek je..nk update citer pasal raya plak..SELAMAT HARI RAYA minggu kedua!