Wednesday, September 9

SuriSaiful : Pengenalan

Assalamualaikum! Hi!.

Hari ni nk bg intro je skit.. siri ni akan diberi tajuk SuriSaiful...hihihhi...sebenarnya lama dah saya gunakan nama ni..dulu ada twitter..twitter saya pun nama Suri Saiful..tp sy xaktif..so xtau la apa jadi dah ngan twitter tu.. 

Suri Saiful adalah singkatan kepada surirumah dan nama suami saya Saiful..memandangkan saya tidak bekerja sejak setahun sebelum berkahwin...bekerja sendiri di rumah dan menguruskan rumah sepenuhnya..dan suami saya pun sangat menggalakkan saya duk kt umah je..so saya selalu gelarkan diri saya sebagai SuriSaiful..Suri di hati Saiful kononnya....hahahaha..sebelum kahwin..untuk persiapan perkahwinan mana yang termampu semua sy buat sendiri..n suami sy masa tu sibuk kumpul duit utk perkara yg memerlukan perbelanjaan yg lebih besar..so saya bnyk belajar berjimat cermat dan pengurusan masa, rumah dan kewangan.. Alhamdulillah saya sudah 4 tahun tidak bekerja..lepas dari habis belajar, saya bekerja selama setahun setengah dan berhenti keje dan tak de rasa nak cari keje lain pun..



Alhamdulillah saya sejak dari kecil memang jenis suka duduk terperap di dalam umah..bukan lah anti sosial..cuma klau perlu baru keluar..so saya kat rumah sekarang ditemani oleh 9 ekor kucing...suami saya pagi pkl 9 pegi keje pukul 7 ptg br sampai umah..so dalam siri ni nanti saya akan ceritakan apa yg saya buat di rumah..hihihi...termasuklah kerja2 mengemas, menyusun atur..tengok sinetron ke apa2 jela kan yg sesuai dan elok utk diceritakan.. oh ya!..sejak tahun 2012..iaitu sejak kawen..sy mula menjalankan perniagaan sendiri iaitu dengan menjual hasil2 keje kraf saya..bukan la berniaga beria sangat..sekadar hobi dan mengisi masa lapang..bleh tgk hasil kerja saya di IG : kraftyqistkisscats.

Akhir kata, seronok sangat jadi surirumah ni..duduk kat rumah..rumahku syurgaku! besar makna 'rumahku syurgaku' tu kepada saya...huhuhu..xmampu saya nak huraikan..apa2pun..Alhamdulillah terimakasih ya Allah kerana bagi saya peluang ni.....kepada sesiapa yg baru nak jadi surirumah atau berangan2 nak jadi surirumah...meh la! best sgt!! jangan risau pasal kewangan atau boring duk umah..semua benda Allah akan cukupkan.. insyaAllah..

last but not least... IM PROUD TO BE A HOUSEWIFE.



No comments:

Post a Comment